Muwakal Bina Enterprise ditubuhkan pada 2011. Kami merupakan kontraktor perumahan bumiputera 100% yang sudah 6 tahun bergiat dalam industri pembinaan. Kami adalah syarikat yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai  kepakaran dan berpengalaman luas dalam bidang pembinaan dan yang berkaitan dengan hal ehwal tanah. Kami mempunyai beberapa kumpulan tukang binaan mahir dalam pembinaan yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun untuk memastikan kualiti kerja memuaskan dan berkualiti

Terus melangkah ke hadapan, kami cukup yakin untuk membangunkan kehidupan yang lebih baik sesuai dengan arus moden hari ini. DIsamping itu juga, kami pastikan setiap rumah idaman yang kami bina betul-betul mampu merealisasikan setiap impian rakyat Kelantan yang ingin mempunyai rumah di atas tanah sendiri.