Selain dari pembinaan baru, kami juga menyediakan khidmat membesarkan atau ubahsuai rumah dan bangunan. Jika anda memerlukan khidmat untuk membaiki rumah atau bangunan anda, kami juga sedia untuk berkhidmat dan memberikan servis yang terbaik untuk anda.

Pengubahsuaian sebuah rumah samada luaran atau dalaman akan mewujudkan ‘jiwa’ baru bukan sahaja kepada rumah tersebut tetapi juga kepada penghuni rumah. Walaubagaimanapun, perancangan yang teliti adalah perlu bagi mengelakan sebarang masalah di kemudian hari. Rekabentuk serta susunatur pengubahsuaian perlu dihasilkan dahulu untuk membuat anggaran awal kos kerja-kerja pengubahsuaian. Pelan-pelan ubahsuai juga perlu dihasilkan bagi tujuan mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan sebelum kerja-kerja pengubahsuaian boleh dimulakan.
 
Tugas Muwkal Bina adalah untuk membantu anda menghasilkan rekabentuk dan susunatur pengubahsuaian rumah anda mengikut keperluan dan kehendak anda berdasarkan garispanduan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL). Muwakal Bina juga akan membantu anda menyedia dan memajukan pelan-pelan yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan daripada PBT di tempat anda.