Amalan Semasa Pindah Rumah Baru

AMALAN SEMASA PINDAH RUMAH BARU, samada rumah sewa yg dh lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap. Moga sharing ini memberi manfaat.

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

 

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam…

Tips Bina Rumah Murah, Cantik Dan Selesa

Harini admin nak kongsi satu tips yang cukup menarik… Anda nak bina rumah murah, cantik dan selesa?? Ramai orang berpendapat bahawa membina sebuah rumah adalah mahal, tetapi sebenarnya sangat murah. Anda perlu tahu kos bina rumah murah tetapi pembinaan masih kukuh, comel, selesa dan cantik.

Masyarakat hari ini sering putus asa untuk membina rumah kerana ia mempunyai persepsi akan mengeluarkan kos yang tinggi untuk pembelian tanah, membayar pembina atau kontraktor rumah, bahan-bahan dan lain-lain. Mai kita baca selanjutnya..

 

Berapa Kos Bina Rumah Murah Sendiri ?

Nak kira kos bina rumah murah sendiri boleh baca di link ini —>  http://muwakalbina.com/bagaimana-cara-nak-kira-kos-untuk-bina-rumah-atas-tanah-sendiri/

 

rumah-banglo-murah-dan-mampu-milik

 

Cara Bina Rumah Murah

 

Jadi, anda boleh membina sebuah rumah dengan kos murah / rendah jika mengikut nasihat kami berikut, iaitu:

1. Membeli tanah di lokasi yang strategik berhampiran dengan lebuh raya supaya mudah untuk dilalui oleh trak dan kereta yg mengangkut bahan-bahan binaan, membina sebuah rumah di lokasi yang jauh dan sukar dilalui oleh trak dan kereta mengangkut bahan binaan akan membuat kos lebih mahal.

2. Anda membina sebuah rumah pada masa yang tepat untuk menjimatkan kos, sebagai contoh : membina sebuah rumah di musim kemarau lebih cepat dan hemat, apabila membina rumah di musim hujan, kerja sering terhalang oleh hujan.

3. Merancang reka bentuk rumah teres sederhana untuk menjimatkan kos pembinaan rumah, rumah teres mempunyai bentuk yang detail rumah mengikut fungsi, pemilihan bahan binaan yang berkualiti tetapi murah, menentukan saiz rumah dan lain-lain.

4. Anda memilih tukang rumah atau kontraktor rumah yg profesional tetapi murah, jadi anda boleh mempercepatkan pembinaan rumah, dan kos pembinaan rumah serta menjadi kukuh dan selesa.

Jadi sekian kongsi kos bina rumah murah yang boleh Anda memahaminya untuk mendapatkan tempat tinggal yang nyaman itu.

 

rumah-banglo-dengan-kitchen-garden

 

JIka ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan contact admin ya untuk dapatkan info PERCUMA jika anda berminat nak bina rumah banglo impian bersama Muwakal Bina.

SMS/WHATSAPP KE 012-2777396 (Puan Zura)