Bagaimana Cara Nak Kira Kos Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri?

Harini admin nak kongsikan sedikit tips. Ini kerana banyak yang admin terima pm atau whatsapp bertanyakan berapa kos kalau nak buat rumah sendiri atau berapa kos untuk renovate rumah..

Baiklah.. ni admin kongsikan cara mudah kira kos yang anda boleh lakukan sendiri. Anda mahu bina rumah banglo atau ubahsuai dapur rumah teres? Tahu macam mana mahu kira anggaran kos kasar untuk bina rumah banglo atau ubahsuai dapur anda?

 

Senang aje. Ini formulanya = Keluasan kasar (kp) x harga semasa sekaki persegi(kp).

Contoh 1 rumah banglo setingkat :
keluasan kasar = 1,500kp (termasuk porch) x RM140 (rm/kp)
= rm210,000.

Contoh 2 rumah banglo 2 tingkat :
Keluasan kasar = 2,000kp (termasuk porch) x rm140 (rm/kp)
= rm280,000.

Contoh 3 tambah 10 kaki dapur rumah teres setingkat 20′ lebar.
Keluasan ubahsuai = 10′ (tambah belakang) x 20′ lebar = 200 kp
= 200kp x rm130 (harga sekaki)
= RM26,000.

 

Nota : Harga sekaki persegi bergantung pada kualiti bahan dan kemahiran kontrator di kawasan anda. Semak dengan 2 @ 3 orang kontraktor untuk semak harga semasa di tempat anda.

Mudah & senangkan. Admin harap tip ini dapat membantu anda dalam menentukan bajet dalam membina baru dan ubahsuai rumah idaman. Ingat, keluasan rumah mempengaruhi bajet anda. Selamat mencuba….

 

Boleh hubungi kami di Muwakal Bina 012-2777396 untuk dapatkan nasihat PERCUMA jika anda kurang jelas..

BESTNYA BANGLO DI ATAS TANAH SENDIRI

RAMAI YANG SALAH SANGKA.. TAHU KE KELEBIHAN BINA RUMAH BANGLO ATAS TANAH SENDIRI?
.
TAHU KE BOLEH DAPAT HARGA MURAH DAN MAMPU MILIK?
.
Bina rumah atas tanah sendiri adalah salah satu altenatif bagi yang hendak memiliki rumah idaman sendiri dengan kelebihan

– Dapat maximumkan pinjaman untuk membina rumah sepenuhnya
– Dapat memilih rekabentuk rumah mengikut citarasa sendiri
– Dapat memilih penggunaan ruang yang maximum
– Mengubah susun atur plan lantai mengikut kesesuaian
– Boleh dibina mengikut kemampuan pinjaman ( konsep design & built)

 

 

Yang paling best kita ada taman sambil releks-releks dengan lanskap ada mini kolam air.. sure best sangat-sangat.. santai-santai bersama keluarga pasti lagi menyeronokkan..
.
Namun begitu.. mampu ke?
.
Kami di Muwakal Bina menyediakan khidmat membina rumah banglo dengan harga mampu milik. Usah bertangguh lagi. Bina banglo idaman anda sekeluarga di tanah anda sendiri mengikut citarasa anda. Segalanya mungkin dengan kami di Muwakal Bina.
.
? Jika anda ada menyimpan impian itu.. boleh hubungi Puan Zura 0122777396 untuk dapatkan khidmat nasihat PERCUMA

‪#‎BinaRumahBanglo‬
‪#‎MuwakalBina‬

Gambar : google