Bagaimana Cara Nak Kira Kos Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri?

Harini admin nak kongsikan sedikit tips. Ini kerana banyak yang admin terima pm atau whatsapp bertanyakan berapa kos kalau nak buat rumah sendiri atau berapa kos untuk renovate rumah..

Baiklah.. ni admin kongsikan cara mudah kira kos yang anda boleh lakukan sendiri. Anda mahu bina rumah banglo atau ubahsuai dapur rumah teres? Tahu macam mana mahu kira anggaran kos kasar untuk bina rumah banglo atau ubahsuai dapur anda?

 

Senang aje. Ini formulanya = Keluasan kasar (kp) x harga semasa sekaki persegi(kp).

Contoh 1 rumah banglo setingkat :
keluasan kasar = 1,500kp (termasuk porch) x RM140 (rm/kp)
= rm210,000.

Contoh 2 rumah banglo 2 tingkat :
Keluasan kasar = 2,000kp (termasuk porch) x rm140 (rm/kp)
= rm280,000.

Contoh 3 tambah 10 kaki dapur rumah teres setingkat 20′ lebar.
Keluasan ubahsuai = 10′ (tambah belakang) x 20′ lebar = 200 kp
= 200kp x rm130 (harga sekaki)
= RM26,000.

 

Nota : Harga sekaki persegi bergantung pada kualiti bahan dan kemahiran kontrator di kawasan anda. Semak dengan 2 @ 3 orang kontraktor untuk semak harga semasa di tempat anda.

Mudah & senangkan. Admin harap tip ini dapat membantu anda dalam menentukan bajet dalam membina baru dan ubahsuai rumah idaman. Ingat, keluasan rumah mempengaruhi bajet anda. Selamat mencuba….

 

Boleh hubungi kami di Muwakal Bina 012-2777396 untuk dapatkan nasihat PERCUMA jika anda kurang jelas..